Melaka, 19 Ogos - Kerana mulut badan binasa, dua lelaki terpaksa merengkok dalam lokap selepas ditahan kerana bertindak biadab melemparkan kata-kata kesat dan menyerang anggota polis ketika pemeriksaan sekatan jalan raya di Durian Tunggal, Melaka jam 5.15 petang kelmarin.
Mereka yang bersama dua lagi rakan, ketika itu menaiki PROTON Waja, ditahan untuk pemeriksaan selepas didapati dalam keadaan mencurigakan. Kedua-dua suspek kemudian keluar lalu menyerang serta memaki hamun anggota polis sebelum ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
Sumber: Berita Harian