Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dua Lelaki Pembuat Senapang Ditahan Polis

Published: 16 Jun 2014 2.35 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
KUALA PILAH, 28 Sept (Bernama) -- Dua lelaki bersaudara pakar membuat senapang dan seorang pelanggan mereka ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Sungkak kira-kira pada pukul 2 p..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-lelaki-pembuat-senapang-ditahan-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 02:38 MYT

KUALA PILAH, 28 Sept (Bernama) -- Dua lelaki bersaudara pakar membuat senapang dan seorang pelanggan mereka ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Sungkak kira-kira pada pukul 2 pagi Isnin.

Enam pucuk senapang yang dirampas polis itu diledakkan oleh letusan angin dan menggunakan bebola besi sebagai peluru.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Supt Jaafar Baba berkata, pada awalnya polis menyerbu mereka disebabkan terdapat maklumat tentang dadah dan ketika dikepung, suspek berada dalam keadaan khayal dan mereka turut menjumpai dua bungkus dadah jenis syabu.

"Suspek berusia 37 dan 28 tahun. Suspek membuat senapang angin itu dengan bahan terpakai dan menjual senjata itu dengan harga RM300 selaras," katanya kepada pemberita di pejabatnya hari ini.

Selepas disoal siasat, polis menahan seorang lagi lelaki berusia 33 tahun dari Kampung Sungai Dua Kecil pada pukul 4.30 petang hari yang sama yang dipercayai telah membeli senapang itu daripada mereka, katanya.

"Kita dapati kesemua suspek gagal ujian air kencing dan positif dadah, salah seorang dari mereka juga mempunyai rekod jenayah," katanya.

Mereka semua akan didakwa di bawah Seksyen 36 (1) Akta Senjata Api 1960 di mana jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih setahun atau denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-dua sekali.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak menganggap senapang angin ini seperti barang mainan kerana ia tetap membahayakan.

ArticlePublished 16 Jun 2014 2.35 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM