Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dua Lelaki Menyamar Polis Ditahan

Published: 04 Dec 2018 12.56 PM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Tindakan dua lelaki menyamar sebagai anggota polis dan memperdaya seorang lelaki terbongkar selepas mereka ditahan secara berasingan di Jitra, awal hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-lelaki-menyamar-polis-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:00 MYT

Tindakan dua lelaki menyamar sebagai anggota polis dan memperdaya seorang lelaki terbongkar selepas mereka ditahan secara berasingan di Jitra, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, suspek pertama berusia 42 ditahan ditahan di Taman Pulasan, manakala suspek kedua berusia 35 tahun ditahan di Taman Pasu.

Katanya, dalam kejadian Rabu lalu, kedua-dua suspek yang menaiki kereta bertindak memperdaya seorang lelaki berusia 30-an di hadapan sebuah motel di Taman Ihsan, jam 12.30 tengah hari.

“Kedua-dua suspek yang memperkenalkan diri sebagai polis bertindak menahan mangsa sebelum mengarahkan dia mengikut mereka ke balaipolis kerana kesalahan tidak memiliki lesen memandu.

“Salah seorang suspek turut merampas motosikal mangsa menyebabkan dia yang ketakutan bersetuju mengikut suspek menaiki kenderaan terbabit kononnya untuk ke balai polis,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Menurutnya, mangsa kemudian ditinggalkan di hadapan sebuah sekolah di kawasan berdekatan selepas suspek merampas wang tunai berjumlah RM220 miliknya.

Katanya, semakan rekod mendapati kedua-dua suspek memiliki pelbagai rekod jenayah membabitkan kes dadah, jenayah dan judi.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam,” katanya.

Bacaan lanjut di https://www.hmetro.com.my/…/400358/dua-anggota-polis-ditahan

ArticlePublished 04 Dec 2018 12.56 PMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM