Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Jomberingat Jauhi Rokok

Diterbitkan: 04 Dec 2018 1.01 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Walaupun nasihat ini agak ‘klishe’ kerana seringkali menjadi topik hangat dalam iklan-iklan di media massa, namun masih ramai perokok tegar yang selalu melanggar peraturan dan bertindak mementingkan diri sendiri. Sebagai contoh ketika berada di jalan raya, pemandu yang merokok sambil memandu kenderaan sewenang-wenangnya membuang puntung rokok di jalan raya. Sikap yang tidak bertanggungjawab ini sebenarnya mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain seperti kebakaran enjin kenderaan dan risiko kemalangan jalan raya.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/jomberingat-jauhi-rokok
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:31 MYT
Jomberingat Jauhi Rokok

Walaupun nasihat ini agak ‘klishe’ kerana seringkali menjadi topik hangat dalam iklan-iklan di media massa, namun masih ramai perokok tegar yang selalu melanggar peraturan dan bertindak mementingkan diri sendiri.

Sebagai contoh ketika berada di jalan raya, pemandu yang merokok sambil memandu kenderaan sewenang-wenangnya membuang puntung rokok di jalan raya. Sikap yang tidak bertanggungjawab ini sebenarnya mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain seperti kebakaran enjin kenderaan dan risiko kemalangan jalan raya.

Begitu juga dengan pengguna jalan raya yang membuang putung rokok ditepi jalan sehingga berlakunya kebakaran terbuka, terutamanya jalan raya yang mempunyai kawasan tepi yang berumput dan hutan belukar.

Bukan setakat di jalan raya, malahan di tempat-tempat awam mereka seolah-olah begitu ‘kebal’ dan tidak menghiraukan papan tanda notis larangan merokok. Pandang kiri dan kanan lihat sekeliling anda dan jangan bertindak mementingkan diri sendiri.

Di bawah peraturan 11 (3), Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau, mana-mana orang yang merokok di kesemua kawasan yang telah diwartakan adalah melakukan kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tempoh dua tahun.

Pesan Admin, walaupun pelbagai langkah yang dibuat termasuk penguatkuasaan undang-undang larangan merokok namun ianya seolah-olah tidak diendahkan. Tak rugi jika kita bersikap ambil peduli dengan masyarakat sekeliling tanpa mementingkan diri sendiri. Sudah terbukti dari segi perubatan bahawa rokok membahayakan kesihatan, jom tinggalkan tabiat merokok dan mulakan gaya hidup sihat!

ArtikelDiterbitkan 04 Dec 2018 1.01 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM