Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dua Lelaki Ditahan Terlibat Kes Pecah Rumah

Published: 14 Jan 2016 1.37 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 14 Jan- Polis menahan dua lelaki dipercayai terlibat dalam dua kes pecah rumah, masing-masing di Wangsa Melawati dan Cheras di sini, Isnin lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-lelaki-ditahan-terlibat-kes-pecah-rumah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 21:16 MYT

Kuala Lumpur, 14 Jan- Polis menahan dua lelaki dipercayai terlibat dalam dua kes pecah rumah, masing-masing di Wangsa Melawati dan Cheras di sini, Isnin lepas.

Dalam kes pertama, seorang lelaki warga Myanmar berusia 27 tahun ditahan ketika memecah masuk sebuah rumah di Wangsa Melawati di sini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata suspek bersama tiga rakannya masuk ke rumah berkenaan kira-kira pukul 3.44 pagi.

"Kejadian itu disedari pemilik rumah yang melihat beberapa lelaki masuk ke rumahnya menerusi kamera litar tertutup sebelum memaklumkan kepada polis.

"Polis berjaya menahan seorang suspek kira-kira pukul 4 pagi manakala tiga lagi rakannya berjaya melarikan diri," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju di sini, hari ini.

Katanya kumpulan itu juga dipercayai terlibat dalam kes pecah rumah di Setapak pada Disember tahun lepas.

Mohamad Roy berkata kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Sementara itu, beliau berkata seorang lelaki berusia 20 tahun ditahan selepas memecah masuk sebuah kondominium di Taman Maluri, Cheras di sini, Isnin lepas.

"Suspek ditahan anggota polis yang melakukan rondaan pada pukul 10.15 pagi selepas menerima maklumat orang awam.

"Dia ditangkap ketika keluar daripada lif bersama dua beg mengandungi barangan yang dicuri antaranya barang kemas dan komputer riba," katanya.

Mohamad Roy berkata suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga lima tahun serta denda.- BERNAMA

ArticlePublished 14 Jan 2016 1.37 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM