Dua Lelaki Ditahan Seludup 1 554 Karton Rokok
Kuantan,
12 Julai - Polis Marin Wilayah Timur menahan dua lelaki serta merampas
1,554 karton rokok seludup bernilai lebih RM260,000 dalam dua serbuan di
Jalan Galing di sini, semalam.
Komander
Pasukan Polis Marin Wilayah Timur ACP Azmi Ibrahim berkata tangkapan
pertama dibuat hasil intipan pada 7 malam, setelah menahan sebuah kereta
Proton Persona yang dipandu seorang lelaki berusia 20 tahun.
"Hasil
pemeriksaan mendapati kereta berkenaan membawa 80 karton rokok pelbagai
jenama tidak sah. Selepas disoal siasat, suspek mengaku rokok tersebut
diambil dari sebuah rumah sewa di Jalan Galing," katanya kepada
pemberita di sini, hari ini.
Beliau
berkata, suspek kemudian membawa polis ke rumah sewa tersebut sebelum
menahan seorang lagi lelaki berusia 19 tahun yang menyewa rumah
berkenaan.
Hasil pemeriksaan di dalam rumah itu, polis menemui 1,474 karton pelbagai jenama rokok tidak sah, katanya.
Kedua-dua suspek kini disiasat mengikut Akta Kastam 1967.
Sumber : BERNAMA