Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dua Lelaki Ditahan Seludup 1 554 Karton Rokok

Diterbitkan: 17 Jun 2014 7.24 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.44 PM
'Hasil pemeriksaan mendapati kereta berkenaan membawa 80 karton rokok pelbagai jenama tidak sah. Selepas disoal siasat, suspek mengaku rokok tersebut diambil dari sebuah rumah sewa di Jalan Galing,' k..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-lelaki-ditahan-seludup-1-554-karton-rokok
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:51 MYT

Kuantan, 12 Julai - Polis Marin Wilayah Timur menahan dua lelaki serta merampas 1,554 karton rokok seludup bernilai lebih RM260,000 dalam dua serbuan di Jalan Galing di sini, semalam.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Timur ACP Azmi Ibrahim berkata tangkapan pertama dibuat hasil intipan pada 7 malam, setelah menahan sebuah kereta Proton Persona yang dipandu seorang lelaki berusia 20 tahun.

"Hasil pemeriksaan mendapati kereta berkenaan membawa 80 karton rokok pelbagai jenama tidak sah. Selepas disoal siasat, suspek mengaku rokok tersebut diambil dari sebuah rumah sewa di Jalan Galing," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, suspek kemudian membawa polis ke rumah sewa tersebut sebelum menahan seorang lagi lelaki berusia 19 tahun yang menyewa rumah berkenaan.

Hasil pemeriksaan di dalam rumah itu, polis menemui 1,474 karton pelbagai jenama rokok tidak sah, katanya.

Kedua-dua suspek kini disiasat mengikut Akta Kastam 1967. 

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 7.24 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.44 PM