Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dua Lelaki Ditahan Polis Rampas Ganja Bernilai Rm207 000

Diterbitkan: 13 May 2016 11.13 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.27 PM
George Town, 13 Mei 2016 - Polis menahan dua lelaki anggota sindiket pengedaran dadah dan merampas 58.8 kilogram ganja bernilai RM207,000 dalam dua serbuan di Kepala Batas, dekat sini dan Pantai Remis, Perak, Rabu lepas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-lelaki-ditahan-polis-rampas-ganja-bernilai-rm207-000
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:07 MYT
George Town, 13 Mei 2016 - Polis menahan dua lelaki anggota sindiket pengedaran dadah dan merampas 58.8 kilogram ganja bernilai RM207,000 dalam dua serbuan di Kepala Batas, dekat sini dan Pantai Remis, Perak, Rabu lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang ACP Guan Beng
Kang berkata hasil risikan sejak enam bulan lepas, Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (Sting) dengan kerjasama JSJN negeri menyerbu sebuah rumah di Taman Putra di Kepala Batas pada pukul 12.10 tengah hari.

"Dalam serbuan itu, polis menahan seorang penjual kereta berusia 41 tahun dan merampas 59 ketulan mampat daun kering disyaki ganja seberat 58.8 kilogram yang disembunyikan dalam sebuah bilik di rumah lelaki itu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

 Beliau berkata susulan itu, polis menyerbu sebuah lagi rumah di Pantai Remis dan menahan seorang pemilik kedai makanan berusia 58 tahun dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah yang sama.

Siasatan awal mendapati sindiket yang beroperasi lebih setahun itu mendapatkan bekalan ganja dari negara jiran, katanya.

Guan berkata mereka menjadikan rumah milik lelaki di Kepala Batas itu sebagai tempat membungkus dan transit dadah sebelum diedar kepada pembeli di sekitar kawasan utara.

"Selain itu polis turut menyita empat kereta iaitu Honda CRV, Toyota Hilux, Proton Perdana dan Proton Iswara milik dua lelaki berkenaan," katanya.

Kedua-dua lelaki itu telah berkahwin dan semasa serbuan tiada anggota keluarga mereka di rumah berkenaan, katanya. 

Beliau berkata seorang daripada dua lelaki itu turut mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan mereka kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan.
Polis sedang giat mengesan dalang utama dan beberapa lagi anggota sindiket pengedaran dadah itu yang dipercayai masih berada di sekitar negeri ini bagi membantu siasatan, katanya.- BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 13 May 2016 11.13 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.27 PM