Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dua Lelaki Ditahan Lapan Kereta Dirampas

Diterbitkan: 12 Sep 2015 3.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Rusli Mohd Noor berkata, ekoran beberapa kes curi kenderaan di sekitar Daerah SPT, satu pasukan khas ditubuhkan dan dengan bantuan Polis Kontinjen Pulau Pinang dan Bukit Aman, telah menyerbu sebuah rumah di Kampung Asam Jawa, Baling. "Bertindak hasil intipan dan risikan sejak beberapa minggu lepas, sepasukan polis menyerbu rumah berkenaan kira-kira pukul 1.30 pagi semalam dan berjaya menahan seorang lelaki berusia 42 tahun.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-lelaki-ditahan-lapan-kereta-dirampas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:51 MYT

Bukit Mertajam, 12 Sept - Dua lelaki dipercayai anggota sindiket curi kenderaan ditahan bersama lapan kereta pelbagai jenis dalam dua serbuan di Baling, Kedah awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Rusli Mohd Noor berkata, ekoran beberapa kes curi kenderaan di sekitar Daerah SPT, satu pasukan khas ditubuhkan dan dengan bantuan Polis Kontinjen Pulau Pinang dan Bukit Aman, telah menyerbu sebuah rumah di Kampung Asam Jawa, Baling.

"Bertindak hasil intipan dan risikan sejak beberapa minggu lepas, sepasukan polis menyerbu rumah berkenaan kira-kira pukul 1.30 pagi semalam dan berjaya menahan seorang lelaki berusia 42 tahun.

"Polis turut merampas dua kereta iaitu sebuah Perodua Myvi dan Suzuki yang berada di rumah lelaki itu," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, susulan serbuan itu, polis menyerbu sebuah lagi rumah di Kampung Sira Bawah, Baling pada pukul 4.30 pagi dan menahan seorang lelaki berusia 40 tahun serta merampas enam kereta.

Rusli berkata, enam kereta yang dirampas itu ialah Isuzu Trooper, Honda Edix, Toyota Wish, Hyundai Matrix, Toyota Altis dan Toyota Hilux.

"Hasil pemeriksaan awal ke atas lapan kenderaan yang dirampas itu, terdapat
gangguan ke atas nombor casis. Siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.

Beliau berkata, polis tidak menolak kemungkinan kereta berkenaan dicuri
sebelum sindiket itu cuba menukar nombor casis dan menjual semula dengan harga murah.

Katanya, usaha mengesan beberapa lagi anggota sindiket berkenaan sedang giat dijalankan.

Dua lelaki itu kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan, katanya.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 12 Sep 2015 3.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM