Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dua Lelaki Ditahan Kes Pecah Rumah

Published: 18 Jun 2014 6.15 AM Updated: 15 Aug 2026 7.34 PM
Polis berjaya menahan dua lelaki dan merampas pelbagai barangan curi selepas menyerbu sebuah rumah di Taman Farhana, Cherang Tuli baru-baru ini. Hasil serbuan, polis menahan pemilik rumah berkenaan be..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-lelaki-ditahan-kes-pecah-rumah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:27 MYT

Polis berjaya menahan dua lelaki dan merampas pelbagai barangan curi selepas menyerbu sebuah rumah di Taman Farhana, Cherang Tuli baru-baru ini. Hasil serbuan, polis menahan pemilik rumah berkenaan berusia 45 tahun serta seorang remaja berusia 19 tahun untuk membantu siasatan.

Antara barang yang dirampas ialah peralatan yang dipercayai digunakan untuk kegiatan pecah rumah, beberapa unit kunci kereta, pelbagai jenis telefon bimbit dan pengecas bateri, sepasang kasut kulit, sebuah televisyen 32 inci dan set audio home teater jenama Philips.

Hasil ujian air kencing terhadap dua-dua suspek menunjukkan mereka positif dadah jenis pil kuda. Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Dua Lelaki Ditahan Kes Pecah Rumah
Sumber : Keratan Akhbar Harian Kosmo

ArticlePublished 18 Jun 2014 6.15 AMUpdated 15 Aug 2026 7.34 PM