Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dua Lelaki Ditahan Cubaan Seludup Pti Gagal

Published: 19 Jun 2014 2.58 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Pengerang, 14 Mac - Pasukan Polis Marin (PPM) menahan dua warga tempatan yang dipercayai dalang kegiatan penyeludupan keluar dan masuk pendatang tanpa izin di sekitar Sg Rengit, awal pagi tadi...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-lelaki-ditahan-cubaan-seludup-pti-gagal
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:06 MYT

Pengerang, 14 Mac - Pasukan Polis Marin (PPM) menahan dua warga tempatan yang dipercayai dalang kegiatan penyeludupan keluar dan masuk pendatang tanpa izin di sekitar Sg Rengit, awal pagi tadi.

Komander PPM Wilayah 2, ACP Zainul Abidin bin Hasan berkata, pasukannya berjaya mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan dan melarikan diri apabila cuba dihampiri semasa menjalankan Op Pensura di Teluk Ramunia.

"Walaubagaimanapun suspek ditahan selepas 20 minit kemudian dan berjaya merampas sebuah bot bersama seunit enjin jenama Yamaha," katanya lagi.

Kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke PPM Pengerang untuk tindakan lanjut dan kes disiasat dibawah Seksyen 5(2) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 Pindaan 2002.

Dua Lelaki Ditahan Cubaan Seludup Pti Gagal
Sumber : Pasukan Polis Marin Perak

ArticlePublished 19 Jun 2014 2.58 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM