Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dua Lelaki Ditahan Cuba Seleweng Diesel Bersubsidi

Diterbitkan: 19 Jun 2014 1.43 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Banting, 21 Feb - Polis menahan dua lelaki dan merampas 675 liter diesel bersubsidi bernilai RM1,350 yang dipercayai cuba diselewengkan penjualannya...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-lelaki-ditahan-cuba-seleweng-diesel-bersubsidi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:22 MYT

Banting, 21 Feb - Polis menahan dua lelaki dan merampas 675 liter diesel bersubsidi bernilai RM1,350 yang dipercayai cuba diselewengkan penjualannya.

Timbalan Ketua Polis Kuala Langat DSP Rizani Che Ismail berkata dalam kejadian 3.30 pagi tadi, dua lelaki berusia 28 dan 29 tahun itu ditahan di sebuah stesen minyak di Batu 7, Sijangkang dekat sini. Polis turut menyita dua buah lori satu tan.

"Ketika ditahan, mereka sedang mengisi diesel ke dalam sebuah tong plastik. Pemeriksaan lanjut ke atas dua lori itu menemukan enam lagi tong plastik berisi diesel," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata kedua-dua lelaki itu disyaki mahu menjual semula minyak bersubsidi itu kepada pihak industri.

Kes itu diserahkan kepada Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Selangor untuk tindakan lanjut dan disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2014 1.43 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM