Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dua Lelaki Ditahan Cuba Curi Sarang Burung Walit

Diterbitkan: 09 Jun 2015 3.03 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuantan, 9 Jun- Dua lelaki bukan sahaja terpaksa berputih mata selepas gagal mencuri sarang burung walit, malah turut menanggung kesakitan akibat terjun dari bangunan di Jalan Lim Hoe Lek, di sini awal pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-lelaki-ditahan-cuba-curi-sarang-burung-walit
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 00:08 MYT

Kuantan, 9 Jun- Dua lelaki bukan sahaja terpaksa berputih mata selepas gagal mencuri sarang burung walit, malah turut menanggung kesakitan akibat terjun dari bangunan di Jalan Lim Hoe Lek, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abdul Aziz Salleh berkata polis menerima laporan daripada pemilik premis sarang burung walit yang memaklumkan sistem penggera keselamatan di premis itu berbunyi pada pukul 1 pagi.

"Sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dibantu anggota pasukan sukarelawan simpanan polis kemudian bergegas ke tempat kejadian dan memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu.

"Hasil rakaman CCTV di premis berkenaan mendapati dua lelaki telah memasuki premis itu dan terdapat juga kesan pecah di bahagian siling bangunan," katanya.

Beliau berkata ketika pemeriksaan dilakukan di tingkat dua premis
berkenaan, tiba-tiba kedua-dua suspek yang bersembunyi di atas siling bangunan telah bertindak terjun dari tingkat dua bangunan untuk melarikan diri.

Bagaimanapun, katanya, hasil tindakan pantas polis, kedua-dua suspek berjaya ditahan dan mereka didapati mengalami kecederaan di kaki dan badan akibat terjun dari bangunan itu.

"Kedua-dua suspek berusia 34 dan 38 tahun itu didapati memiliki rekod jenayah lampau selain positif ujian air kencing. Mereka kini ditahan reman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Sementara itu, katanya, seorang lelaki berusia 30-an ditahan ketika leka mencuri kabel milik Telekom Malaysia (TM) di kawasan Indera Mahkota dekat sini dalam kejadian 12.40 tengah malam tadi.

Abd Aziz berkata kegiatan suspek bersama seorang lagi rakannya berjaya dikesan oleh pekerja TM yang sedang melakukan rondaan di kawasan berkenaan sebelum cuba menahan penjenayah itu.

"Sebaik menyedari kehadiran mereka, suspek bertindak melarikan diri dan berlaku pergelutan antara suspek dengan pekerja TM terbabit. Seorang daripada lelaki itu berjaya ditahan, manakala seorang lagi suspek telah melarikan diri," katanya.

Beliau berkata suspek kemudian diserah kepada polis dan hasil penahanan itu polis turut merampas sebuah kereta Perodua Viva, segugus kunci, alat pemotong kabel, sebilah pisau lipat dan tiga batang besi pengumpil.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2015 3.03 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM