Article
Dua Lelaki Ditahan Bersama Dadah Bernilai Rm360 000 Di Genti
Dua lelaki ditahan dalam dua kejadian di kawasan peranginan Genting Highlands di sini bersama beberapa jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM360,000 baru-bar...
Dua lelaki ditahan dalam dua kejadian di kawasan peranginan Genting Highlands di sini bersama beberapa jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM360,000 baru-baru ini.
Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Fatimah Ghazali berkata seorang pemandu kereta sewa berusia 58 tahun ditahan di kawasan sebuah hotel pada 5 petang Rabu lepas.
"Hasil daripada penahanan lelaki itu polis menemui empat paket lutsinar dengan setiap paket berisi serbuk dan ketulan syabu seberat 235 gram yang harga runcitnya bernilai RM235,000," katanya kepada pemberita pada Jumaat.
Dalam kes lain, seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan ketika memandu kereta di kawasan peranginan itu pada 10.45 malam tadi.
"Selepas kita memperkenalkan diri sebagai polis, suspek enggan keluar dari kereta dan kita terpaksa bertindak agresif mengeluarkannya kerana dia tidak mahu bekerjasama," katanya.
Fatimah berkata polis merampas sebuah beg silang yang mengandungi sepaket syabu dan menemui 300 biji pil Eramin 5, 800 pil 'Do', wang tunai RM5,841, tiga telefon bimbit serta mata wang Thailand 1,000 bath.
Beliau berkata harga runcit dadah yang dirampas dari suspek kedua bernilai RM125,000 dan kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu mengedar dadah yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.