Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dua Lelaki Ditahan Bersama 100kg Daun Ketum

Published: 13 Jun 2014 9.36 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
BESUT, 25 Julai 2010 - Dua lelaki berumur 31 dan 47 tahun ditahan bersama 100 kilogram daun ketum yang belum diperoses dalam satu serbuan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) di Cabang Ti..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-lelaki-ditahan-bersama-100kg-daun-ketum
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:48 MYT
BESUT, 25 Julai 2010 - Dua lelaki berumur 31 dan 47 tahun ditahan bersama 100 kilogram daun ketum yang belum diperoses dalam satu serbuan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) di Cabang Tiga Kampung Renek dekat sini, Jumaat lalu.

Ketika ditahan dua suspek dalam Proton Wira dan berasal dari Perak membawa daun berkenaan dalam lapan bungkusan plastik membuang sampah yang diletakkan di tempat duduk belakang dan dalam but kereta.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, DSP Noor Zainy Md Noor, suspek telah melanggar sebuah kereta peronda polis ketika cuba melarikan diri namun tiada anggota polis yang cedera.

Katanya, ujian air kencing mendapati mereka positif dadah dari jenis morfin.

Menurutnya, nilai daun ketum yang dirampas sebanyak RM25,000 itu dipercayai untuk bekalan di daerah ini yang akan agihkan kepada pengedar sebelum diproses.

Beliau berkata siasatan awal juga mendapati salah seorang daripada suspek pernah ditahan pada bulan Mei lalu di atas kesalahan yang sama.

Kedua-dua suspek bekerja sebagai buruh dan dipercayai sering datang ke Terengganu untuk membekalkan daun ketum dari Perak.

Kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang sekiranya didapati bersalah boleh dihukum denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya sekali.
ArticlePublished 13 Jun 2014 9.36 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM