Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dua Lelaki Ditahan Bantu Siasat Kes Bunuh Tukang Cat

Diterbitkan: 20 Sep 2016 1.13 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Polis menahan dua lelaki berumur 37 dan awal 40-an semalam bagi membantu siasatan kes pembunuhan tukang cat berusia 37 tahun di Kampung Jelapang, di sini awal pagi semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-lelaki-ditahan-bantu-siasat-kes-bunuh-tukang-cat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:56 MYT
Setiu, 20 Sept - Polis menahan dua lelaki berumur 37 dan awal 40-an semalam bagi membantu siasatan kes pembunuhan tukang cat berusia 37 tahun di Kampung Jelapang, di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Elias Abu Bakar berkata kedua-dua lelaki berkenaan kini direman tujuh hari dan akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Suspek pertama ditahan di rumahnya di Kampung Jelapang tengah hari semalam
manakala suspek kedua menyerah diri di Balai Polis Setiu pada petang hari yang sama", katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Menurutnya sehingga pagi tadi, seramai tujuh orang termasuk anggota keluarga mangsa dan jirannya telah disoal siasat oleh polis berhubung kejadian tersebut.

Semalam, mangsa, Erdy Alias dari Kampung Gong Kepas, Besut dijumpai mati dengan sembilan kesan tembakan di rumah bapa saudaranya di Kampung Jelapang dekat sini.

Menurut polis, mangsa sebelum ini mempunyai tujuh rekod kesalahan lampau termasuk mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah, Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mencederakan orang menggunakan senjata dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya.- BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 20 Sep 2016 1.13 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM