Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dua Lelaki Ditahan 49 Peluru Dirampas

Published: 14 Jan 2016 10.59 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
George Town, 14 Jan- Polis menahan dua lelaki termasuk seorang warga Myanmar dan merampas 49 peluru di sebuah hotel bajet di Love Lane, di sini, Isnin lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-lelaki-ditahan-49-peluru-dirampas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 03:03 MYT

George Town, 14 Jan- Polis menahan dua lelaki termasuk seorang warga Myanmar dan merampas 49 peluru di sebuah hotel bajet di Love Lane, di sini, Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata kesemua peluru 9mm berkenaan ditemui dalam kotak yang disembunyikan dalam beg milik lelaki tempatan berusia 48 tahun itu.

"Kedua-dua lelaki yang ditahan dalam serbuan pukul 11.30 malam itu bekerja di hotel berkenaan dan memang tinggal di situ," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata lelaki Myanmar berusia 30 tahun yang ditahan dalam serbuan itu juga tidak memiliki dokumen perjalanan diri.

Mior Faridalatrash berkata siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan dari mana lelaki itu mendapat peluru berkenaan dan motif dia menyimpannya dalam jumlah yang banyak.- BERNAMA

ArticlePublished 14 Jan 2016 10.59 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM