Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dua Lelaki Disyaki Pengedar Syabu Ditahan Di Tampoi

Published: 24 Feb 2016 12.28 PM Updated: 15 Aug 2026 7.32 PM
Dua lelaki disyaki pengedar dadah jenis syabu ditahan dalam serbuan di sebuah rumah kedai di Taman Munsyi Ibrahim, Tampoi, di sini semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-lelaki-disyaki-pengedar-syabu-ditahan-di-tampoi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:53 MYT
Johor Baharu, 24 Febuari 2016 - Dua lelaki disyaki pengedar dadah jenis syabu ditahan dalam serbuan di sebuah rumah kedai di Taman Munsyi Ibrahim, Tampoi, di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor ACP Zulkifli Ali berkata hasil soal siasat terhadap kedua-dua suspek, polis kemudian menyerbu sebuah rumah yang dijadikan stor oleh suspek di Taman Bukit Alif, di sini dan menemukan 1.014 kilogram syabu.

"Turut dirampas dan disita adalah sebuah kereta milik salah seorang suspek jenis BMW 5 Series. Nilai semasa dadah itu RM150,000," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya hasil risikan mendapati kedua-dua suspek yang berusia 40 tahun itu, aktif mengedar syabu di kawasan Tampoi dan Skudai dengan bekalan diperolehi dari Kuala Lumpur.

Suspek yang bekerja sebagai peniaga dan pemandu trak tunda, bagaimanapun tiada rekod kesalahan lalu tetapi berada dalam pemerhatian polis sejak awal tahun ini, katanya.

"Dengan rampasan itu, polis berjaya menyekat dadah ini daripada memasuki pasaran gelap di kawasan Tampoi dan Skudai yang boleh digunakan sebanyak 5,070 penagih," kata Zulkifli.- BERNAMA
ArticlePublished 24 Feb 2016 12.28 PMUpdated 15 Aug 2026 7.32 PM