Dua Lelaki Dipercayai Hasilkan Dvd Haram Cetak Rompak Ditaha
Ipoh,
22 Okt - Dua lelaki yang dipercayai menghasilkan cakera DVD cetak
rompak ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Syabas, Bercham
Jumaat lepas.
Timbalan
Ketua Polis Perak Datuk A.Paramasivam berkata kedua-dua lelaki terbabit
dipercayai menjalankan kegiatan haram mencetak DVD itu dan dipasarkan
secara sindiket sejak tiga tahun lepas.
"Kedua-dua
suspek berusia 36 tahun itu tidak mempunyai pekerjaan lain. Hasil
pemeriksaan di rumah dua tingkat itu, polis menemui tiga kotak
mengandungi 552 keping DVD cetak rompak dengan pelbagai tajuk filem
serta lucah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan
bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.
Beliau
berkata polis turut merampas lapan unit 'CD-burner', tiga computer
riba, sebuah televisyen serta wang tunai RM7,300 dalam serbuan pada
pukul 10.30 pagi itu.
Pemeriksaan
polis juga menemui 21 kotak mercun dan bunga api di dalam rumah itu,
dipercayai untuk dipasarkan sempena perayaan Deepavali 2 Nov ini,
katanya.
Paramasivam
berkata siasatan polis mendapati sindiket itu menjadikan rumah dua
tingkat yang disewa mereka itu sebagai lokasi memproses dan mencetak DVD
haram terbabit.
"DVD itu kemudian diedar dan dijual dengan menggunakan khidmat seorang jurujual wanita di sekitar bandar raya ini," katanya.
Sumber : BERNAMA