Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dua Lelaki Dipercayai Hasilkan Dvd Haram Cetak Rompak Ditaha

Diterbitkan: 18 Jun 2014 2.52 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.39 PM
Ipoh, 22 Okt - Dua lelaki yang dipercayai menghasilkan cakera DVD cetak rompak ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Syabas, Bercham Jumaat lepas...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-lelaki-dipercayai-hasilkan-dvd-haram-cetak-rompak-ditaha
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:19 MYT

Ipoh, 22 Okt - Dua lelaki yang dipercayai menghasilkan cakera DVD cetak rompak ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Syabas, Bercham Jumaat lepas.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk A.Paramasivam berkata kedua-dua lelaki terbabit dipercayai menjalankan kegiatan haram mencetak DVD itu dan dipasarkan secara sindiket sejak tiga tahun lepas.

"Kedua-dua suspek berusia 36 tahun itu tidak mempunyai pekerjaan lain. Hasil pemeriksaan di rumah dua tingkat itu, polis menemui tiga kotak mengandungi 552 keping DVD cetak rompak dengan pelbagai tajuk filem serta lucah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.

Beliau berkata polis turut merampas lapan unit 'CD-burner', tiga computer riba, sebuah televisyen serta wang tunai RM7,300 dalam serbuan pada pukul 10.30 pagi itu.

Pemeriksaan polis juga menemui 21 kotak mercun dan bunga api di dalam rumah itu, dipercayai untuk dipasarkan sempena perayaan Deepavali 2 Nov ini, katanya.

Paramasivam berkata siasatan polis mendapati sindiket itu menjadikan rumah dua tingkat yang disewa mereka itu sebagai lokasi memproses dan mencetak DVD haram terbabit.

"DVD itu kemudian diedar dan dijual dengan menggunakan khidmat seorang jurujual wanita di sekitar bandar raya ini," katanya.

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 2.52 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.39 PM