Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dua Kumpulan Penjenayah Dilumpuhkan

Published: 05 Nov 2014 9.02 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Pasir Mas - Polls berjaya melumpuhkan dua kumpulan penjenayah yang dinamakan 'Jali Mata Kail' dan 'Mat Amin' yang bergiat aktif menjalankan aktiviti curi motosikal dan pecah rumah di daerah ini. Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, kejayaan ini hasil operasi yang dilakukan oleh pasukan khas polis daerah itu dan maklumat awam. Menurut beliau, kumpulan Jali Mata Kail bergiat di kawa
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-kumpulan-penjenayah-dilumpuhkan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:43 MYT

Dua Kumpulan Penjenayah Dilumpuhkan
Pasir Mas - Polls berjaya melumpuhkan dua kumpulan penjenayah yang dinamakan 'Jali Mata Kail' dan 'Mat Amin' yang bergiat aktif menjalankan aktiviti curi motosikal dan pecah rumah di daerah ini. 

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, kejayaan ini hasil operasi yang dilakukan oleh pasukan khas polis daerah itu dan maklumat awam. 

Menurut beliau, kumpulan Jali Mata Kail bergiat di kawasan Bunut Susu, Pasir Mas, Rantau Panjang, Jeram Perdah dan Meranti. 

"Seramai 10 orang suspek berusia antara 24 hingga 46 tahun telah dikenal pasti dan berjaya ditangkap manakala lima daripada mereka telah selebihnya masih diburu. 

"Tangkapan ahli kumpulan ini membawa kepada penemuan lima buah motosikal jenis Yahama LC dan sebuah Yahama 125Z yang belum dileraikan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam. 

Sumber: Akhbar Kosmo
ArticlePublished 05 Nov 2014 9.02 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM