Pasir Mas - Polls berjaya melumpuhkan dua kumpulan penjenayah yang dinamakan 'Jali Mata Kail' dan 'Mat Amin' yang bergiat aktif menjalankan aktiviti curi motosikal dan pecah rumah di daerah ini.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, kejayaan ini hasil operasi yang dilakukan oleh pasukan khas polis daerah itu dan maklumat awam.
Menurut beliau, kumpulan Jali Mata Kail bergiat di kawasan Bunut Susu, Pasir Mas, Rantau Panjang, Jeram Perdah dan Meranti.
"Seramai 10 orang suspek berusia antara 24 hingga 46 tahun telah dikenal pasti dan berjaya ditangkap manakala lima daripada mereka telah selebihnya masih diburu.
"Tangkapan ahli kumpulan ini membawa kepada penemuan lima buah motosikal jenis Yahama LC dan sebuah Yahama 125Z yang belum dileraikan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Sumber: Akhbar Kosmo