Kuala Lumpur - Komplot jenayah terancang apabila seorang pengedar dadah dikesan menggunakan khidmat dua isterinya untuk menghantar dan menjual dadah kepada penuntut warga asing institut pengajian tinggi swasta (IPTS) sekitar ibu negara.
Suspek berusia 39 tahun itu berjaya memujuk isterinya masing-masing berusia 21 tahun untuk menjadi 'orang tengah’ menjual ganja untuk hidup mewah.
Kegiatan pasangan suami isteri itu bagaimanapun terbongkar apabila mereka ditahan polis dalam dua serbuan berasingan Isnin lalu sebelum polis merampas ganja seberat empat kilogram.
Sumber: Harian Metro