Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dua Ditahan Seorang Lagi Diburu Kes Dua Lelaki Ditemui Mati Dalam Kereta

Published: 03 Feb 2017 2.26 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kota Bharu, 3 Febuari 2017 - Dua lelaki berusia 20-an ditahan polis Rabu lalu untuk membantu siasatan berhubung dua lelaki yang ditemui mati di dalam kereta di Kampung Panchor di sini Isnin lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-ditahan-seorang-lagi-diburu-kes-dua-lelaki-ditemui-mati-dalam-kereta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:21 MYT

DUA DITAHAN, SEORANG LAGI DIBURU KES DUA LELAKI DITEMUI MATI DALAM KERETA

Kota Bharu, 3 Febuari 2017 - Dua lelaki berusia 20-an ditahan polis Rabu lalu untuk membantu siasatan berhubung dua lelaki yang ditemui mati di dalam kereta di Kampung Panchor di sini Isnin lalu.

Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata, kedua-dua lelaki yang juga rakan mangsa itu ditahan di sekitar Kota Bharu.

Katanya, kini pihaknya sedang memburu seorang lagi lelaki yang dikenali sebagai Epa untuk membantu siasatan.

"Hasil siasatan awal kita dapat maklumat tiga individu ada bersama mangsa sebelum kejadian itu berlaku.

"Kita sudah berjaya menahan dua lelaki dan sedang menjejak seorang lagi yang kita percaya dapat membantu menyelesaikan kes ini," katanya di sini tadi.

Harian Metro sebelum ini melaporkan penemuan dua lelaki berusia 18 tahun yang meninggal dunia di dalam kereta.

Nik Muhammad Hafiz Nik Zamzam dan Mohamad Sharul Nizam Hasbullah ditemui meninggal dunia di dalam kereta Perodua Kelisa.

Pemeriksaan terhadap badan mangsa tidak terdapat kecederaan, namun terdapat cecair keluar dari hidung dan mulut kedua-dua si mati, manakala laporan bedah siasat mengesahkan kedua-duanya meninggal dunia akibat strok haba.

Selanjutnya : https://www.hmetro.com.my/node/202932

ArticlePublished 03 Feb 2017 2.26 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM