Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dua Ditahan Jual Tiket Palsu Piala Fa 2015

Published: 25 May 2015 1.43 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis memberkas dua lelaki yang bertindak menjual tiket palsu perlawanan akhir Piala FA 2015 di antara Kelantan dan Lions XII di hadapan pintu utama tempat letak kereta Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-ditahan-jual-tiket-palsu-piala-fa-2015
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:19 MYT

Polis memberkas dua lelaki yang bertindak menjual tiket palsu perlawanan akhir Piala FA 2015 di antara Kelantan dan Lions XII di hadapan pintu utama tempat letak kereta Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, kelmarin.

Dalam kejadian pukul 3,10 petang itu, E. Someetherem, 50, yang merupakan pegawai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menerima aduan daripada orang awam berhubung kegiatan tersebut sebelum memaklumkan perkara itu kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Chong Kok Sin berkata, sepasukan polis dari unit cawangan pencegahan jenayah Balai Polis Bukit Jalil dikerah ke lokasi sebaik menerima aduan.

Kedua-dua suspek itu ditahan untuk siasatan sama ada kegiatan ini melibatkan sindiket atau sebaliknya. Mereka direman mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Sumber: Kosmo

Dua Ditahan Jual Tiket Palsu Piala Fa 2015
ArticlePublished 25 May 2015 1.43 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM