Dua Ditahan Ceroboh Empangan Machap
Kuala
Lumpur, 17 Feb - Pasukan Polis Marin Wilayah Dua menahan dua lelaki
tempatan di Empangan Machap, Kluang, Johor petang semalam kerana
dipercayai menceroboh dan menggunakan peralatan jenis karan elektrik
untuk menangkap ikan.
Komander
pasukan itu, ACP Zainul Abidin Hasan berkata mereka berdua ditahan
ketika menangkap ikan pada kira-kira pukul 2 petang. Masing-masing
berusia 47 dan 50 tahun.
Turut dirampas sebuah tong ais batu, satu set batang pancing dan empat kilogram ikan air tawar.
"Tangkapan
ini adalah kes pertama melibatkan pencerobohan dalam kawasan empangan
dan menggunakan peralatan yang melanggar syarat atau peraturan yang
ditetapkan Jabatan Perikanan," kata Zainul Abidin dalam kenyataan hari
ini.
Kedua-dua lelaki itu dan peralatan yang dirampas telah diserahkan kepada Jabatan Perikanan Daerah Kluang untuk tindakan lanjut.
Sumber : BERNAMA