Article
Dua Ditahan Bersama Sebuah Bot Atas Pelbagai Kesalahan
Muar, 7 April - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua berjaya menahan dua orang warga asing bersama sebuah bot pukat hanyut yang didapati melanggar pelbagai un...
Muar, 7 April - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua berjaya menahan dua orang warga asing bersama sebuah bot pukat hanyut yang didapati melanggar pelbagai undang-undang perairan negara dalam Op Gelora yang dijalankan awal pagi hari ini.
Menurut Komandernya, ACP Paul Khiu Khon Chiang, pemilik bot tersebut telah melakukan enam kesalahan yang masing-masing adalah tiga kesalahan di bawah Akta Perikanan dan tiga kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) ketika menangkap ikan di perairan negara.
"Bot itu dikesan beroperasi menggunakan khidmat warga asing sebagai tekong dan awak-awak serta tiada ciri-ciri keselamatan seperti alat pemadam api disediakan.
"Kes diserahkan kepada pihak Jabatan Perikanan daerah Batu Pahat dan Jabatan Laut daerah Muar untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Selain itu, beliau turut menghargai kerjasama masyarakat dalam menyalurkan maklumat jenayah kepada pihak polis dan ini sekaligus menunjukkan bahawa keyakinan mereka terhadap PPM dalam menjaga keselamatan perairan negara semakin meningkat.