Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dua Ditahan Bersama Sebuah Bot Atas Pelbagai Kesalahan

Diterbitkan: 07 Apr 2015 7.14 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Muar, 7 April - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua berjaya menahan dua orang warga asing bersama sebuah bot pukat hanyut yang didapati melanggar pelbagai undang-undang perairan negara dalam Op Gelora yang dijalankan awal pagi hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-ditahan-bersama-sebuah-bot-atas-pelbagai-kesalahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:35 MYT

Muar, 7 April - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua berjaya menahan dua orang warga asing bersama sebuah bot pukat hanyut yang didapati melanggar pelbagai undang-undang perairan negara dalam Op Gelora yang dijalankan awal pagi hari ini.

Menurut Komandernya, ACP Paul Khiu Khon Chiang, pemilik bot tersebut telah melakukan enam kesalahan yang masing-masing adalah tiga kesalahan di bawah Akta Perikanan dan tiga kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) ketika menangkap ikan di perairan negara.

"Bot itu dikesan beroperasi menggunakan khidmat warga asing sebagai tekong dan awak-awak serta tiada ciri-ciri keselamatan seperti alat pemadam api disediakan. 

"Kes diserahkan kepada pihak Jabatan Perikanan daerah Batu Pahat dan Jabatan Laut daerah Muar untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Selain itu, beliau turut menghargai kerjasama masyarakat dalam menyalurkan maklumat jenayah kepada pihak polis dan ini sekaligus menunjukkan bahawa keyakinan mereka terhadap PPM dalam menjaga keselamatan perairan negara semakin meningkat.

Dua Ditahan Bersama Sebuah Bot Atas Pelbagai Kesalahan
ArtikelDiterbitkan 07 Apr 2015 7.14 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM