Kuantan, 3 April - Seorang wanita dan anak lelakinya dipercayai dalang dadah ditahan selepas polis menyerbu kenderaan mereka naiki yang berhenti di tepi jalan Besar Jengka 14, Bandar Jengki Maran, Kuantan, Selasa lepas.
Siasatan awal mendapati wanita berkenaan aktif menjual dadah di Kuantan, Maran dan Temerloh selepas mendapat bekalan dari Kuala Lumpur.
Pemeriksaan di dalam kenderaan suspek menjumpai satu beg plastik di bahagian atas tempat letak kaki sebelah kiri bahagian penumpang belakang yang mengandungi sepuluh paket plastik lut sinar.
Hasil pemeriksaan lanjut mendapati dalam paket itu mengandungi serbuk putih yang disyaki heroin seberat 4.5 kilogram dengan nilai anggaran RM100,000.
Sumber: Sinar Harian