Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dua Beranak Ditahan Tipu Peniaga Rm62 000

Diterbitkan: 04 Sep 2014 3.56 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis menahan dua beranak yang disyaki menipu dan memperdaya seorang peniaga runcit hingga menyebabkan kerugian RM62,000.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-beranak-ditahan-tipu-peniaga-rm62-000
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:36 MYT
Ipoh, 4 Sept - Polis menahan dua beranak yang disyaki menipu dan
memperdaya seorang peniaga runcit hingga menyebabkan kerugian RM62,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Supt Maszely Minhad berkata suspek dan anak lelakinya yang masing-masing berusia 46 dan 20 tahun ditahan di hadapan Balai Polis Gerik pukul 3 petang semalam.

"Mangsa yang berusia 50-an mendakwa telah ditipu kedua-dua suspek yang menawarkan diri untuk melepaskan anak lelakinya yang ditangkap polis Thailand atas kesalahan menyeludup daun ketum pada 5 Julai lepas," katanya.

Maszely berkata mangsa telah melakukan beberapa transaksi wang ke dalam akaun suspek seperti yang diminta sebagai 'duit kopi' untuk diberikan kepada polis negara terbabit bagi membebaskan anaknya.

Bagaimanapun tindakan suspek terbongkar apabila anak lelaki mangsa yang dibebaskan pada 25 Ogos lepas memaklumkan dia didakwa di Mahkamah Betong dan bayaran dendanya dibayar menantu mangsa, katanya.

Kedua-dua suspek kini direman selama tiga hari. - BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 04 Sep 2014 3.56 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM