Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dua Beranak Antara Tiga Ditahan Edar Dadah

Published: 02 Apr 2015 9.29 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuantan, 2 April - Seorang ibu dan anak lelakinya serta teman wanita kepada anaknya ditahan Selasa lepas kerana disyaki mengedar 4.5 kilogram heroin. Wanita itu yang berumur 42 tahun, anaknya, 21, dan gadis tersebut, 19, ditahan dalam sebuah kereta di tepi jalan besar Felda Jengka 14, Jengka.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-beranak-antara-tiga-ditahan-edar-dadah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:19 MYT

Kuantan, 2 April - Seorang ibu dan anak lelakinya serta teman wanita kepada anaknya ditahan Selasa lepas kerana disyaki mengedar 4.5 kilogram heroin. Wanita itu yang berumur 42 tahun, anaknya, 21, dan gadis tersebut, 19, ditahan dalam sebuah kereta di tepi jalan besar Felda Jengka 14, Jengka.

Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Fatimah Ghazali berkata mereka dari Kuala Lumpur aktif mengedar dadah di sekitar bandar ini selain Maran, Temerloh dan Jerantut sejak setahun lepas. Beliau berkata suami wanita terbabit yang dipercayai menjadi dalang utama aktiviti pengedaran mereka diberkas di Kuala Lumpur sebelum ini.

"Kita percaya wanita terbabit mengambil alih aktiviti haram suaminya dengan dibantu anak lelaki serta teman wanita anaknya.

"Siasatan juga mendapati bekalan dadah tersebut diperoleh dari Kuala Lumpur dengan dua beranak itu turut positif dadah," kata Fatimah. Heroin yang dirampas bernilai RM100,000.

Beliau berkata penahanan itu dibuat setelah kumpulan itu diekori dan ditahan untuk diperiksa, hasil maklumat risikan sebelum itu. Beliau turut berkata ketiga-tiga suspek didapati tidak memiliki rekod jenayah lampau dan mereka dipercayai sering berulang-alik ke Kuantan untuk mengedar.

Kesemua suspek direman sehingga Selasa depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

BERNAMA

ArticlePublished 02 Apr 2015 9.29 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM