Artikel
Dua Beradik Mabuk Rempuh Sekatan Jalan Raya Diberkas
Seorang lelaki dan adiknya terpaksa meraikan sambutan tahun baharu di lokap apabila ditahan ketika cuba mengelak sekatan polis dalam operasi bersepadu di Jalan...
Seorang lelaki dan adiknya terpaksa meraikan sambutan tahun baharu di lokap apabila ditahan ketika cuba mengelak sekatan polis dalam operasi bersepadu di Jalan Yam Tuan, Seremban awal pagi semalam.
Dalam kejadian pada pukul 2.50 pagi itu, pemandu berusia 27 tahun bersama adiknya yang menaiki sebuah kereta Perodua Myvi itu dipercayai berbuat demikian kerana berada di bawah pengaruh alkohol.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, sebelum itu, kereta yang dipandu suspek telah melanggar bahagian belakang dua buah kenderaan lain yang sedang berbaris untuk pemeriksaan.
SUMBER : KOSMO