Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dua Beradik Direman Susulan Kematian Ibu

Published: 11 Nov 2015 9.37 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 11 Nov- Dua beradik direman selama seminggu bagi membantu siasatan berhubung kematian ibu mereka di sebuah pangsapuri di Bandar Sri Permaisuri, Cheras di sini semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-beradik-direman-susulan-kematian-ibu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:15 MYT

Kuala Lumpur, 11 Nov- Dua beradik direman selama seminggu bagi membantu siasatan berhubung kematian ibu mereka di sebuah pangsapuri di Bandar Sri Permaisuri, Cheras di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Chong Kok Sin berkata kedua-dua mereka yang berusia 22 dan 25 tahun itu direman bermula hari ini hingga Selasa depan.

"Polis akan menyiasat setiap aspek berhubung kes berkenaan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Polis semalam menahan dua beradik berkenaan iaitu seorang lelaki dan wanita bagi membantu siasatan kes kematian Wan Yah Wan Mat, 63.

Mayat wanita itu ditemui dengan beberapa kesan kecederaan di ruang tamu di unit kediaman di Tingkat 16 pangsapuri berkenaan.- BERNAMA

ArticlePublished 11 Nov 2015 9.37 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM