Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dua Anggota Polis Parah Ditembak Ketika Serbu Port Dadah

Diterbitkan: 02 Oct 2015 2.11 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Dua anggota polis yang sedang membuat operasi menyerbu lokasi aktiviti berkaitan dadah ditembak dengan senjata buatan sendiri oleh penjenayah narkotik di Jalan Sepanggar di Sabah.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-anggota-polis-parah-ditembak-ketika-serbu-port-dadah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:20 MYT

Dua anggota polis yang sedang membuat operasi menyerbu lokasi aktiviti berkaitan dadah ditembak dengan senjata buatan sendiri oleh penjenayah narkotik di Jalan Sepanggar di Sabah.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Dato' Jalaluddin Abdul Rahman berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 2 petang itu telah mengakibatkan Sarjan Mejar Sabturani Maul cedera di kepala manakala Konst. Tong Wilson pula telah cedera di belakang kepala, badan serta hidung.

Kedua-dua anggota polis itu kemudiannya telah dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth 2 (QEH2) untuk mendapatkan rawatan.

Pihak polis kini sedang menjalankan operasi khas bagi memburu suspek yang melepaskan tembakan terhadap anggota polis berkenaan.

Sumber: Berita Harian

​Dua Anggota Polis Parah Ditembak Ketika Serbu Port Dadah

ArtikelDiterbitkan 02 Oct 2015 2.11 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM