Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dua Ahli Anonymous Ditahan

Published: 03 Sep 2015 8.48 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Dua ahli kumpulan 'Anonymous Malaysia Team', masing-masing pelajar dan jurutera yang dipercayai terbabit menggodam laman web kerajaan, ditahan di Pelabuhan Klang, Selangor dan Gopeng, Perak.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-ahli-anonymous-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:31 MYT
Kuala Lumpur - Dua ahli kumpulan 'Anonymous Malaysia Team', masing-masing pelajar dan jurutera yang dipercayai terbabit menggodam laman web kerajaan, ditahan di Pelabuhan Klang, Selangor dan Gopeng, Perak.

Timbalan Pengarah JSJK (Siber dan Siasatan Multimedia) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Kamarudin Md Din, berkata serbuan dibuat hasil risikan polis bersama Cyber Security Malaysia serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

"Polis turut merampas peralatan komputer dan komunikasi, pemacu data serta modem digunakan suspek. Siasatan mendapati mereka terbabit dalam gerakan 'Anonymous Malaysia Team' yang menyasarkan serangan dengan menggunakan sistem DDoS (Distributed Denial of Service) dan 'Defacement'.

Katanya, tindakan dua lelaki terbabit yang ditahan reman sehingga hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 5 Akta Jenayah Komputer 1997, mampu mengancam sistem teknologi maklumat negara serta menimbulkan huru-hara dalam sistem komputer dan laman web agensi kerajaan yang disasarkan mereka.

Sumber: Berita Harian

Dua Ahli Anonymous Ditahan
ArticlePublished 03 Sep 2015 8.48 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM