Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dsp Mohd Faisal Memangku Tugas Kpd Port Dickson

Diterbitkan: 10 Aug 2018 2.06 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Port Dickson, 10 Ogos 2018 - Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, DSP Mohd Faisal Mohd Noor dilantik sebagai pemangku Ketua PolisDaerah Port Dickson baharu, berkuat kuasa hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dsp-mohd-faisal-memangku-tugas-kpd-port-dickson
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 23:33 MYT

Port Dickson, 10 Ogos 2018 - Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, DSP Mohd Faisal Mohd Noor dilantik sebagai pemangku Ketua PolisDaerah Port Dickson baharu, berkuat kuasa hari ini.

Beliau menggantikan Superintendan Zainudin Ahmad yang bersara wajib setelah berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 41 tahun.

Majlis serah terima tugas mereka berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson di sini dan disaksikan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaludin.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis negeri Datuk Mohamad Mat Yusop.

Zainudin mula berkhidmat dalam pasukan pada 1977 sebagai konstabel selama 11 tahun sebelum diserap menjadi pegawai dan mula berkhidmat di Negeri Sembilan pada 2002 hingga bersara di Port Dickson iaitu tempat kelahirannya.

"Saya berbangga kerana dapat mencurahkan bakti kepada negara hingga ke hari ini dan berharap semua anggota serta pegawai melaksanakan tugas bagi memastikan ketenteraman dan keamanan terus terpelihara,” katanya. - BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 10 Aug 2018 2.06 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM