Artikel
Artikel Pilihan Letak Integriti Elemen Utama Dalam Diri Timbalan Kpn
Kuala Lumpur, 17 Januari 2024 - Integriti merupakan elemen utama yang perlu ditanam dalam diri setiap masyarakat terutama menjayakan agenda negara menentang bu...
Kuala Lumpur, 17 Januari 2024 - Integriti merupakan elemen utama yang perlu ditanam dalam diri setiap masyarakat terutama menjayakan agenda negara menentang budaya rasuah.
Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, seluruh lapisan masyarakat diminta untuk menyematkan diri dengan pegangan utuh terhadap amalan integriti tinggi.
"Perkara keduanya adalah keberanian, dalam usaha kita memerangi budaya rasuah dan membuat perubahan," katanya pada Rabu.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Integriti Edgenta 2024 di Menara UEM, Bangsar South, dekat sini.
Sumber: Sinar Harian