Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dsa Natsec Asia 2024 Timbalan Kpn Luang Masa Hadir Ke Reruai Pameran

Published: 08 May 2024 4.29 PM Updated: 15 Aug 2026 8.14 PM
Kuala Lumpur, 8 Mei 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay petang tadi meluangkan masa melawat reruai Pameran Defence Services Asia (DSA) 2024 dan National Security (NATSEC) Asia 2024, di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dsa-natsec-asia-2024-timbalan-kpn-luang-masa-hadir-ke-reruai-pameran
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:19 MYT
Kuala Lumpur, 8 Mei 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay petang tadi meluangkan masa melawat reruai Pameran Defence Services Asia (DSA) 2024 dan National Security (NATSEC) Asia 2024, di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini.

Yang turut mengiringi lawatan, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad dan Ketua Urus Setia KPN (Perhubungan Antarabangsa) Bukit Aman, SAC Dato’ Pahlawan Suparamaniam Ramasamy.

Sepanjang lawatan, Dato’ Sri Ayob Khan berbesar hati menyaksikan ruang pameran terbesar yang mempromosikan pelbagai teknologi sistem elektronik, simulator, senjata dan peluru, sistem marin, platform penerbangan, sistem tanpa pemandu, peluru berpandu, kenderaan berperisai serta pelbagai lagi aset canggih.

Dato' Sri Ayob Khan turut berpeluang menguji dan merasai sendiri setiap satu peralatan yang dipamerkan.

Antara ruangan pameran yang dilawati beliau tadi ialah pastinya daripada Polis Diraja Malaysia sendiri, Kementerian Dalam Negeri, Westar Aviation Services, Sapura, Augmented Knowledge, Mind Matics, System Consultancy Services Sdn. Bhd. dan Galaxy Aerospace Airworthiness Expert.

Dalam sesi lawatan tadi juga, Dato' Sri Ayob Khan berpeluang mengadap Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di salah sebuah reruai di MITEC yang kebetulan bercemar duli membuat lawatan di situ.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 3 people and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 3 people, television and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 9 people, crowd and text

May be an image of 8 people and text that says 'Chase uαTιo He TộI 2 ਪਹ MILIK PD'

May be an image of 6 people and text that says '٨۸ ....0 ٨٨ @Hak a @H TIONG e'
ArticlePublished 08 May 2024 4.29 PMUpdated 15 Aug 2026 8.14 PM