
Artikel
Dsa Natsec Asia 2024 Kpn Santuni Delegasi Luar Negara Dalam Majlis Makan Malam Rasmi
Kuala Lumpur, 7 Mei 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menyantuni delegasi luar negara dalam satu majlis makan malam rasmi yang diada...
Kuala Lumpur, 7 Mei 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menyantuni delegasi luar negara dalam satu majlis makan malam rasmi yang diadakan di Hotel Sheraton Imperial, di sini, malam tadi.
Makan malam yang dihoskan oleh Tan Sri Razarudin tersebut adalah bersempena Pameran Defence Services Asia (DSA) 2024 dan National Security (NATSEC) Asia 2024 yang telah membuka tirainya semalam dengan penyertaan lebih 1,324 syarikat daripada 60 buah negara.
Berucap dalam majlis tersebut, Tan Sri Razarudin menzahirkan ucapan terima kasih kepada kesemua delegasi yang menyertai pameran bertaraf antarabangsa ini kerana meluangkan masa hadir ke majlis makan malam yang diadakan khas untuk meraikan mereka yang terlibat.
“Saya berharap agar majlis yang diadakan ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan serta ikatan persahabatan antara negara selain dapat mengukuhkan lagi kerjasama dua hala yang terjalin,” ujarnya.
Hadir memeriahkan majlis yang diadakan adalah Commissioner of Maldives Police, H.E. Ali Shujau, Timbalan Pesuruhjaya Pasukan Polis Diraja Brunei, Dato’ Seri Pahlawan Awang Sulaiman Alidin, delegasi-delegasi luar negara, Pengarah DSA Exhibition and Conference Sdn. Bhd., Datuk Dr. M. Gandhi, barisan pengarah PDRM bersama isteri dan pegawai kanan PDRM.
Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery.




