
Artikel
Dsa Natsec Asia 2024 Kpn Hadir Program Menembak Khas Bersama Delegasi Dalam Dan Luar Negara
Putrajaya, 8 Mei 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri program menembak khas bersama delegasi dalam dan luar negara bersempen...
Putrajaya, 8 Mei 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri program menembak khas bersama delegasi dalam dan luar negara bersempena Pameran Defence Services Asia (DSA) 2024 dan National Security (NATSEC) Asia 2024, di Lapang Sasar Kelab Menembak Sasaran Shapadu, Presint 20, di sini, pagi tadi.
Program anjuran bersama Kementerian Pertahanan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu turut dihadiri Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Isham Ishak.
Seramai 92 peserta telah mengambil bahagian dalam dua kategori yang dipertandingkan iaitu “Centre Fire” untuk individu, dan “Falling Plate” bagi acara berkumpulan. Sebelum pertandingan bermula, para peserta terlebih dahulu mendengar taklimat keselamatan daripada Pegawai Keselamatan Lapang Sasar, Encik Rozardi Ismail.
Pada akhir pertandingan tersebut, seramai 20 peserta telah diumumkan sebagai peserta terbaik bagi kategori “Centre Fire”, manakala empat kumpulan dinobatkan sebagai pemenang kategori “Falling Plate” berdasarkan jumlah tembakan “plate”.
Acara diteruskan dengan penyampaian hadiah oleh Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar kepada para pemenang bagi kedua-dua kategori tersebut.
Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (KSU) (Keselamatan) KDN, Dato' Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, Timbalan KSU (Dasar dan Kawalan), Datuk Mohd Zamri Mat Zain, barisan Ketua Agensi Kerajaan, barisan Pengarah Polis Diraja Malaysia serta Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad.
Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan dan Lans Koperal Bryanlie Mustin.




