Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dsa Natsec Asia 2024 Kpn Hadir Mesyuarat Pasca Kabinet Kdn Dan Majlis Menandatangani Kontrak Dan Mou

Diterbitkan: 08 May 2024 2.40 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.14 PM
Kuala Lumpur, 8 Mei 2024 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Dalam Negeri (KDN) dekat Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dsa-natsec-asia-2024-kpn-hadir-mesyuarat-pasca-kabinet-kdn-dan-majlis-menandatangani-kontrak-dan-mou
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:22 MYT
Kuala Lumpur, 8 Mei 2024 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Dalam Negeri (KDN) dekat Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail itu turut dihadiri barisan kepimpinan tertinggi KDN dan agensi di bawahnya.

Turut berlangsung di lokasi sama petang tadi ialah Majlis Menandatangani Kontrak Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan syarikat tempatan yang membabitkan 14 kontrak dengan nilai keseluruhan berjumlah RM2.156 bilion.

Sesi menandatangani kontrak itu disempurnakan oleh Ketua Setiausaha (KSU) KDN, Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi dengan disaksikan Datuk Seri Saifuddin Nasution bersama-sama Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, Timbalan KSU (Pengurusan) KDN, Dr. Abdul Gapar Hj. Abu Bakar dan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog), CP Dato' Seri Shahabudin Abd Manan mewakili KPN, Tan Sri Razarudin.

Antara kontrak berimpak tinggi yang ditandatangani adalah perolehan kapal pengangkut kelas "Policetransport Vessel" pelbagai kegunaan sebagai pengangkut barang, kapal induk "mother ship" dan latihan bagi Polis Diraja Malaysia.

Hadir sama, Timbalan KSU (Keselamatan) KDN, Dato’ Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, Timbalan Pengarah (Kewangan/Perolehan/Kepolisan Am) JLog Bukit Aman, SAC Shamsul Amar Ramli, Ketua Urus Setia (Analisis dan Pembangunan Teknologi) JLog Bukit Aman, SAC Muhammad Hanif Othman.

Jurugambar: Koperal Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid.

May be an image of 6 people, people studying, table, crowd and text

May be an image of 3 people, dais and text that says '@HAK MILIK PDRM ene TMDN TMON'

May be an image of 8 people, dais and text

May be an image of crowd, wedding and text

ArtikelDiterbitkan 08 May 2024 2.40 PMDikemas kini 15 Aug 2026 8.14 PM