
Artikel
Dsa Natsec Asia 2022 Kpn Terima Kunjungan Hormat Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei Dan Timbalan Pesuruhjaya Tinggi British Ke Malaysia
Kuala Lumpur, 28 Mac 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berbesar hati menerima dua kunjungan hormat sempena Pameran Perkh...
Kuala Lumpur, 28 Mac 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berbesar hati menerima dua kunjungan hormat sempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) serta Pameran Antarabangsa Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2022 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini, petang tadi.
KPN menerima kunjungan hormat pertama daripada Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Pesuruhjaya Polis Dato Paduka Seri Hj. Mohammad Irwan Hj. Hambali bersama para delegasinya.
Beliau seterusnya menerima kunjungan Timbalan Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, H.E David Thomas bagi membincangkan kerjasama berterusan antara kedua-dua negara dengan PDRM selain mengeratkan lagi hubungan yang terjalin.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, CP Dato' Seri Sahabudin Abd. Manan, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Ruslan Khalid, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), Bukit Aman mewakili Pengarah Pengurusan, DCP Dato’ Nerita Yaacob dan Ketua Penolong Pengarah E4, Cawangan Khas, Bukit Aman mewakili Pengarah Cawangan Khas, DCP Dato' Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail.