Article
Drebar Teksi Cuba Curi Bateri Kabel Ditahan
Seorang pemandu teksi ditahan polis kerana dipercayai cuba mencuri bateri di kabel pencawang milik sebuah syarikat telekomunikasi di Taman Desa Melati, semalam...
Seorang pemandu teksi ditahan polis kerana dipercayai cuba mencuri bateri di kabel pencawang milik sebuah syarikat telekomunikasi di Taman Desa Melati, semalam.
Ketua Polis Daerah Superintendan Zaldino Zaludin berkata, suspek berusia 58 tahun itu ditahan ketika cuba melarikan barangan berkenaan.
Katanya, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada kakitangan syarikat berkenaan sebelum ke lokasi, jam 7.06 pagi.
"Suspek berjaya ditahan bersama lima bateri kabel di kawasan berkenaan. Pemeriksaan dalam teksi milik suspek turut menemui pelbagai peralatan yang disyaki digunakan untuk mencuri kabel," katanya ketika dihubungi, semalam.
Sumber: Harian Metro