Penemuan daun hijau di dalam lubang di dalam akar pokok besar membuktikan dua murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi dekat sini, yang ditemui selamat semalam, makan tumbuh-tumbuhan dan minum air sungai untuk meneruskan kehidupan dalam tempoh kehilangan mereka sejak 23 Ogos lalu.
Selepas 48 hari hilang, murid berkenaan Norieen Yaakob, 10 dan Mirsudia Aluj, 11, ditemui dalam keadaan kebuluran, keletihan dan tubuh cengkung di celah akar pokok besar di tebing Sungai Perias dekat Pos Tohoi, di sini, jam 12.15 tengahari.
Mereka ditemui Koperal Husni Hussin dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang dan dua lagi penduduk kampung dari Kuala Betis ketika meronda dengan bot bagi mengesan baki lima lagi murid SK Tohoi.
Ketika ditemui katanya, murid berkenaan mengadu kelaparan kerana tidak menjamah makanan dan minuman yang sempurna sejak kehilangan mereka.
Sumber: Harian Metro
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article
Ditemui Kebuluran
Penemuan daun hijau di dalam lubang di dalam akar pokok besar membuktikan dua murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi dekat sini, yang ditemui selamat semalam, makan tumbuh-tumbuhan dan minum air sungai untuk meneruskan kehidupan dalam tempoh kehilangan mereka sejak 23 Ogos lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ditemui-kebuluran
Scan to view the latest live version.