Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ditahan Selepas 20 Minit Larikan Budak

Published: 09 Feb 2015 12.58 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
PORT DICKSON: Seorang pemuda ditahan ketika dipercayai cuba melarikan seorang budak perempuan berusia enam tahun dengan menaiki sebuah kereta jenis Perodua Axia kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ditahan-selepas-20-minit-larikan-budak
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:01 MYT
PORT DICKSON:  Seorang pemuda ditahan ketika dipercayai cuba melarikan seorang budak perempuan berusia enam tahun dengan menaiki sebuah kereta jenis Perodua Axia kelmarin.

Suspek yang berusia 32 tahun itu diberkas pada pukul 4.10 petang di Kilometer 28.8, Lebuh Raya Seremban-Port Dickson.

Polis turut menemui mangsa di dalam kereta berkenaan dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut Ketua Poliss Daerah Port Dickson, Superintendan Baharudin Mustapha, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu selepas dihubungi oleh orang awam.

"Kanak-kanak terbabit dikatakan berada di halaman rumah kawan ibunya di Kampung Paya, Port Dickson sebelum didatangi seorang lelaki yang membawa mangsa menaiki sebuah kereta.

Supt. Baharudin berkata, pemeriksaan awal mendapati suspek memiliki dua rekod jenayah dan ujian air kencing yang dilakukan ke atasnya mendapati positif dadah.

Lelaki itu kini direman sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan.

Ditahan Selepas 20 Minit Larikan Budak
Sumber: Kosmo
ArticlePublished 09 Feb 2015 12.58 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM