Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ditahan Miliki Senapang Buatan Sendiri

Published: 19 Aug 2014 5.09 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis menahan seorang penganggur kerana memiliki senapang buatan sendiri berserta 14 butir peluru di sebuah pondok di Kampung Tengah dekat sini, Jumaat lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ditahan-miliki-senapang-buatan-sendiri
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 09:35 MYT
Muar, 19 Ogos - Polis menahan seorang penganggur kerana memiliki senapang buatan sendiri berserta 14 butir peluru di sebuah pondok di Kampung Tengah dekat sini, Jumaat lalu. 

Dalam serbuan jam 9.40 malam itu, polis turut menemui sebuah sistem kedudukan global (GPS), empat telefon bimbit, sebuah iPad dan tujuh jam tangan pelbagai jenama. 

Pemeriksaan terhadap sebuah pondok membawa kepada penemuan selaras senapang buatan sendiri yang belum lengkap, 14 butir peluru berukuran 5.56 milimeter (mm), dua kelongsong peluru 40mm, 14 butir kelongsong peluru 7-62mm.

Siasatan awal mendapati suspek positif syabu dan sedang menyiasat penemuan senjata itu serta pelbagai barangan dalam pondok berkenaan. 

Sumber: Berita Harian

Ditahan Miliki Senapang Buatan Sendiri
ArticlePublished 19 Aug 2014 5.09 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM