Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ditahan Buat Kenyataan Tahyul Terhadap Sultan Johor

Diterbitkan: 23 Aug 2016 8.28 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Johor Bahru, 23 Ogos 2016 - Polis Johor menahan seorang lelaki di Pulau Pinang semalam kerana dipercayai membuat kenyataan jelik berunsurkan tahyul terhadap Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ditahan-buat-kenyataan-tahyul-terhadap-sultan-johor
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:18 MYT

Johor Bahru, 23 Ogos 2016 - Polis Johor menahan seorang lelaki di Pulau Pinang semalam kerana dipercayai membuat kenyataan jelik berunsurkan tahyul terhadap Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata lelaki berusia 34 tahun itu ditahan di sebuah apartmen di Jalan Bandar Bayan Baru, Bayan Lepas kira-kira 5.05 petang.

Dia dipercayai merupakan individu yang bertanggungjawab membuat kenyataan jelik terhadap Sultan Ibrahim menerusi aplikasi WhatApps, sebelum satu laporan polis dibuat di sini petang Ahad berhubung perkara berkenaan, katanya.

Hasil tangkapan itu, polis turut merampas dua buah telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk membuat kenyataan terbabit.

Kes disiasat di bawah Seskyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang jika sabit kesalahan, boleh didenda sehingga RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas persabitan.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 23 Aug 2016 8.28 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM