Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Diserbu Ketika Leka Main Judi Jerami Batu

Diterbitkan: 18 Jun 2014 7.53 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.35 PM
Enam lelaki yang sedang leka bermain judi jerami batu dan daunt terup terkejut besar apabila diserbu polis dalam satu operasi di sebuah rumah di Kampung Bechah Kura, Peringat...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/diserbu-ketika-leka-main-judi-jerami-batu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:08 MYT

Enam lelaki yang sedang leka bermain judi jerami batu dan daunt terup terkejut besar apabila diserbu polis dalam satu operasi di sebuah rumah di Kampung Bechah Kura, Peringat.

Polis turut memberkas dua lagi lelaki lain iaitu tuan rumah dan seorang lagi yang sedang menulis nombor ekor. Kesemua suspek yang ditangkap berusia antara 29 tahun hingga 62 tahun.

Beberapa peralatan untuk bermain judi antaranya 52 helai daun terup, dua set buah jerami batu, semangkuk seramik, dua biji buah dadu, empat buah bakul plastik dirampas bersama wang tunai RM120 yang merupakan hasil pertaruhan. Kes disiasat di bawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1958.

Diserbu Ketika Leka Main Judi Jerami Batu
Sumber : Keratan Akhbar Kosmo

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 7.53 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.35 PM