Diserbu Ketika Leka Main Judi Jerami Batu
Enam
lelaki yang sedang leka bermain judi jerami batu dan daunt terup
terkejut besar apabila diserbu polis dalam satu operasi di sebuah rumah
di Kampung Bechah Kura, Peringat.
Polis
turut memberkas dua lagi lelaki lain iaitu tuan rumah dan seorang lagi
yang sedang menulis nombor ekor. Kesemua suspek yang ditangkap berusia
antara 29 tahun hingga 62 tahun.
Beberapa
peralatan untuk bermain judi antaranya 52 helai daun terup, dua set
buah jerami batu, semangkuk seramik, dua biji buah dadu, empat buah
bakul plastik dirampas bersama wang tunai RM120 yang merupakan hasil
pertaruhan. Kes disiasat di bawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka
1958.

Sumber : Keratan Akhbar Kosmo