
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani bersama Timbalan KPN, DIG Tan Sri Razarudin Husain serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia merafak sembah setinggi-tinggi tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Tahun 2022 Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Sultan, Yang Di-Pertuan dan Raja Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan pada hari ini, 4 November 2022 bersamaan 9 Rabiulakhir 1444 Hijrah.